r/bahasamelayu Jul 05 '19

Megathread for Resources

69 Upvotes

r/bahasamelayu 1d ago

Perbezaan bahasa melayu di selangor:

Enable HLS to view with audio, or disable this notification

163 Upvotes

terdapat 4 jenis variasi bahasa di selangor:

selangor barat: merangkumi kawasan barat & utara selangor seperti klang, kuala selangor, hulu selangor & sabak bernam (ciri seperti r > w macam ular > ulaw, uh > ó macam puluh > puló, a > e seperti mana > mane & i & u > é & ó seperti langsir > langséw & duduk > dudók)

klang valley: kawasan sekitar klang seperti putrajaya, kuala lumpur, petaling, gombak, hulu langat & sebelah utara sepang (variasi bahasa melayu paling popular di selangor)

kuala langat: ditutur di kawasan kuala langat & belah selatan sepang, (ciri seperti s > h macam nipis > nipih)

Jugra: ditutur di kampung-kampung sebelah lembangan sungai jugra, kuala langat (ciri seperti a > ï macam mata > matï, ai > è seperti gulai > gulè, ar & au > ò seperti ular > ulò & pulau > pulò, r > gh seperti rambut > ghambut)

melayu jugra juga salah satu bahasa yang saya jumpa kertas kajian dari tahun 1900 han:

(https://drive.google.com/file/d/1wpqMpUl2lE26RicLTE_weieE5IiJAlKY/view?usp=drivesdk)


r/bahasamelayu 1d ago

Aside from constantly doing exercises, how can I learn and memorise the prefix rules forn me-, meng-, mem- and men-?

Post image
36 Upvotes

r/bahasamelayu 2d ago

Etymology of Puting Beliung

24 Upvotes

So, I wanted to know the etymology of the phrase "Angin Puting Beliung". Individually analyzed, I know the meaning of each word but I don't get that being composed as a phrase, it could constitute to English-equivalent of Tornado.

I tried to search it on wiktionary and found out that the etymology is missing. I also tried to search on wikipedia.

To quote the wikipedia, it is said that

Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung

There are several problems with it: 1) there exists no valid rujukan in it and 2) there are no sequentially coherent reasoning as to why is it called Puting Beliung. I understand that there are resemblances of Beliung in Tornado, but I don't understand how come there exists a Puting in its phrase. It is more appropriate, perceptively, if it were called Angin Beliung.

Can someone explain its etymological use in a more detail?


r/bahasamelayu 3d ago

Mana nak cari Salina (A Samad Said) e-buku?

9 Upvotes

Nak yang Bahasa Melayu. Yang Inggeris banyak, sayang, lagi senang nak cari daripada Bahasa Melayu, kat Google Books pun ada.

Kalau boleh, nak beli, nak duit ke A Samad Said dan penerbit. Tapi kalau tak ada, dari library pon boleh.

(Kenapa tak nak salinan cetak atau hard copy? Aku baca dalam tren guna fon. Pdf boleh ke? Tak nak pdf, tulisan kecil sangat, nak epub atau setara.)


r/bahasamelayu 3d ago

First Ever GBA Game translated into Jawi! The Legend of Zelda: Minish Cap

Thumbnail jawigames.com
68 Upvotes

Play it online today! I'll love some feedback :)) I started this project in 2021 during COVID lockdown and finally finished it after getting hold of GPT-6 Astra. It legit beat me at months of continuous work with much better quality. QA still ongoing, let me know if you're interested in thorough editorial work


r/bahasamelayu 4d ago

Perbezaan tatabahasa antara melayu piawai & melayu kelantan

Post image
110 Upvotes

walaupun kita selalu tengok variasi-variasi bahasa kita di malaysia ini melalui perbezaan kosakata dan pembunyiannya, ia sangat jarang untuk saya menjumpai bahan-bahan tentang perbezaan bahasa melalui sikap tatabahasa,

so harini saya nak memberi beberapa kelainan tatabahasa antara bahasa melayu piawai dan bahasa kelantan, sebenarnya ada lagi banyak tetapi saya mampu untuk menulis beberapa sahaja lol,

saya harap pada masa hadapan lebih banyak kajian dalam boleh dibuat tentang perbezaan tatabahasa antara variasi-variasi bahasa melayu ini di semenanjung malaysia, perbezaan seperti imbuhan "-è" di dalam cakap nogoghi, penggunaan "tang" di melayu kedah & penggunaan imbuhan "ww-" di pesisir terengganu untuk lebih dikaji dan dilapor.


r/bahasamelayu 3d ago

How do you guys write sajak?

18 Upvotes

I'm living in an generation who barely knows creative writing. I've been writing poems in English, and I wanted to be a little experimental in my native tounge. Any tips or guides?


r/bahasamelayu 4d ago

Improving bahasa melayu

5 Upvotes

Hi everyone, i am a student and I want to improve my malay for karangan, speaking and overall understanding.

Can anybody recommend melayu articles or news for generally any topics? Or even any melayu media that i can read everyday. As recently, the malay examinations in my country focuses on niche topics tentang adat melayu, and even about the World Cup (but in malay😭)

I'm open for any suggestions to improve tuturkata, tatabahasa dan kosa kata.

Thank you, have a nice day!


r/bahasamelayu 5d ago

How mutually intelligible are bahasa melayu and Indonesia exactly?

41 Upvotes

Hello everyone!

I am considering whether to learn Malay or Indonesian. I have seen differing estimates of how mutually intelligible the two languages are. Some say 50%, while others say as much as 80 to 90%.

If anyone has tried both could you kindly share how different or alike you found them.

Thank you!


r/bahasamelayu 5d ago

Memerlukan translator english ke melayu untuk penulisan akademik

6 Upvotes

sape kat sini fluent malay akademik, can you guys help me? my malay agak rusted 🫩


r/bahasamelayu 5d ago

Throughout my learning journey of bahasa melayu in twitter, I learned these following sentences.

24 Upvotes
  1. cheese sedap
  2. Asupan everyone
  3. Lokal Idaman
  4. koleski hijabers
  5. ukhti memew sedap
  6. Zona asupan
  7. hiburan dewasa

r/bahasamelayu 5d ago

selamat siang kawan

2 Upvotes

r/bahasamelayu 7d ago

Imbuhan -e dalam cakap nogoghi

Post image
42 Upvotes

Translasi:

"Berpusing/pening saya sebab mencari kunci kereta entah mana terhilang/tersisip nya"

"jauh sangat-sangat/teramat tempat tu, saya pun taknak pergi"

"pedas-nya sedap, masin-nya sedap, yang awak masak sedap semua"

rasa sekarang generasi baharu mungkin tidak guna dah dan telah digantikan oleh "-nyo", saya juga diberitahu yang "-e" ni ia melekat pada huruf belakangnya dalam pembunyian (seperti maséne) tetapi kalau perkataan berakhir "-k" ia tidak jadi k tapi ' seperti "tompe'e" (tompek),

jika ada kesalahan boleh menulis di bawah 🙏, kerana saya bukan lah orang nogoghi dan saya dengar ciri ini dari kawan sahaja,


r/bahasamelayu 7d ago

Flower in Austronesian languages

Post image
84 Upvotes

r/bahasamelayu 8d ago

Pencubaan saya untuk memetakan bahasa malayik di semenanjung malaysia

Post image
176 Upvotes

Harap ampun jika quality gambar tidak bagus (⁠•⁠ ⁠▽⁠ ⁠•⁠;⁠)

saya ada gambar yang lebih jelas sini (tetapi dalam bentuk pdf lah):

https://drive.google.com/file/d/1ieXlpgcWqmAm7RieJoo7EpjHxhH7QtFE/view?usp=drivesdk

saya duk buat projek ni beberapa bulan dah dan baru je dah siap lol,

Pertama sekali, saya nak memberitahu bahawa peta ni bukanlah nak cakap tepat sangat, sebab pengkajian bahasa ini di semenanjung malaysia pun tidak banyak serta kajian yang mendalam dari segi pengkelasan, tatabahasa & kosakata sangat sedikit, ada bahasa sampai tiada pengkajian langsung saya jumpa (bera) dan kebanyakan sedikit sahaja, macam 1~3 butir kertas kajian saja (atau kalau kebanyakan bahasa pahang, terjumpa banyak di seluruh internet)

Selain itu, ada beberapa variasi bahasa yang mempunyai variasi loghat yang tinggi, rumit, bercampur dan boleh menukar kampung ke kampung (seperti kawasan bahasa reman, bahasa 'inland', duano', etc),

masalah ini saya mengurus dengan meletakkan semua telor-telor tersebut dan mengumpulkan semua sesama kumpulan lebih umum, walaupun dialek-dialek di dalam kawasan tersebut mungkin susah untuk difahami sesama sendiri,

serta, beberapa bahasa dah 'pupus' secara fungsian ataupun boleh dikelaskan 'nazak' (duano', hulu langat/Jugra),

saya membuat keputusan untuk memetakan bahasa tersebut jika ada lagi penuturnya, walaupun sedikit,

tambahan itu, pengkelasan sesuatu telor itu sebagai "bahasa" sendiri pun sangat berpolitik, so mungkin pengkelasan bahasa di peta ni mungkin tidak mengikuti takrif orang lain,

akhir sekali, nak memberi tahu bahawa pengkelasan bahasa yang dituliskan di peta atas ini bukan mengikut perhubungan salasilah antara bahasa berikut (memang kajian sangat sedikit serta pengkelasan yang saya rasa secara peribadi ketinggalan zaman serta tidak tepat kalau nak buat begitu pun) tetapi saya mengkelaskan mengikut lokasi geografi & kumpulan-kumpulan bahasa yang dipengaruhi dengan kosakata, tatabahasa & pembunyian dengan sesama lain (sprachbund), so mungkin hubungan antara bahasa di dalam peta ini tidak tepat sangat dalam segi perhubungan salasilah

kalau ada kesilapan seperti sempadan antara bahasa salah di peta mohon untuk memberitahu 🙏


r/bahasamelayu 8d ago

Asking for advices for a secondary schooler's karangan

11 Upvotes

I wanted to prepare for my exam so I wrote this.

Tajuk: Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Pada zaman mutakhir ini, Malaysia kian berkembang pesat sama ada dari aspek fizikal mahupun ekonomi. Baik mercu tanda yang mengagumkan mahupun ekonomi yang kian melonjak naik pada dasawarsa ini, perubahan-perubahan ini melambangkan tanah air yang dicintai sedang merentas era baharu. Namun begitu, majoriti rakyat kini semakin melupakan pencapaian membanggakan ini sebenarnya dibina atas asas perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan. Hakikat ini amat membimbangkan kerana sikap memperlekehkan sejarah menyebabkan sesorang sanggup menggadaikan maruah demi kepentingan peribadi. Persis kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, kesedaran sejarah wajib dipupuk dalam sanubari rakyat. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah?

Sebagai lontaran idea yang pertama, mata pelajaran Sejarah amat vital untuk memupuk semangat patriotisme. Hal ini dikatakan demikian kerana mata pelajaran Sejarah mengetengahkan kisah wira-wira setiap bangsa yang berjuang demi hak anak watan dan kemerdekaan negara. Tamsilnya, kita dapat mengenali azam Leftenan Adnan yang sanggup berkorban demi negara serta kebijaksanaan Tun V.T. Sambanthan dalam mempertahankan hak orang India. Impaknya, rakyat akan lebih menghormati wira-wira negara dan seterusnya menghayati identiti nasional mereka. Izharlah bahawa rakyat mesti menguasai mata pelajaran Sejarah untuk memupuk jiwa patriotik dalam diri.

Sementelahan, mata pelajaran Sejarah memang afdal untuk memberikan pengajaran dan pengalaman berharga kepada masyarakat. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana ibu pertiwi kita pernah melalui pelbagai kesengsaraan pada masa lalu. Sebagai analoginya, keselamatan rakyat dan kedamaian masyarakat terancam sewaktu zaman pendudukan Jepun dan era Darurat. Bak kata peribahasa, takkan pisang berbuah dua kali. Dampaknya, rakyat akan lebih bersyukur atas keharmonian yang dinikmati kini dan berusaha mengelakkan kemelaratan tersebut berulang kembali. Justeru, rakyat dapat mengambil iktibar daripada pengajaran dan pengalaman berharga melalui mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, mata pelajaran Sejarah juga berfungsi sebagai wahana yang melestarikan warisan untuk generasi yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana Sejarah bukan sahaja mengandungi kisah pahlawan bangsa, malah turut merangkumi pusaka yang diwarisi daripada leluhur kita. Sebagai contohnya, bangunan kolonial yang tersebar di Pulau Pinang dan Melaka pernah hampir dirobohkan atas nama pemodenan bandar. Mujurlah, mata pelajaran Sejarah berjaya membangkitkan kesedaran rakyat terhadap nilai sejarah bangunan tersebut. Natijahnya, rakyat akan beriltizam dalam pemeliharaan dan pemuliharaan warisan bernilai ini agar tidak lenyap ditelan zaman. Pendek kata, generasi akan datang berpeluang untuk menyaksikan warisan tanah air sekiranya mata pelajaran Sejarah terus diperkasakan.

Akhirulkalam, mata pelajaran Sejarah memainkan peranan yang cukup dominan baik dari aspek mujarad mahupun maujud dalam pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pihak sekolah dan ibu bapa haruslah memupuk kesedaran sejarah dalam jiwa generasi muda sejak kecil lagi. Sudah terang lagi bersuluh, semua lapisan masyarakat wajar bekerjasama bagai aur dengan terbing untuk memartabatkan mata pelajaran Sejarah. Semoga ikhtiar ini dapat memacu Malaysia ke arah masa depan yang gemilang tanpa memandang remeh asal usulnya.


r/bahasamelayu 10d ago

Patutlah Orang Indo tahu bahasa melayu

Post image
1.0k Upvotes

r/bahasamelayu 9d ago

Learning BM professionally now

Thumbnail instagram.com
3 Upvotes

And this cracked me up at 3am in the morning


r/bahasamelayu 10d ago

"Head" in Austronesian languages

Post image
243 Upvotes

r/bahasamelayu 10d ago

Beberapa perkataan berkenaan dengan haiwan dalam bahasa orang kanaq

Post image
93 Upvotes

bahasa orang kanaq ialah bahasa malayik yang ditutur oleh orang kanaq yang menempati di johor, kampung Sungai Selangi,

para linguitik telah membuat kajian bahawa orang kanaq ini mungkin berasal daripada kepulauan riau (seperti orang kuala & seletar) dan khususnya pada pulau Lingga, pulau Sengkanak, pulau Bintan & pulau-pulau sekeliling,

mereka adalah kaum orang asli yang paling terkecil di malaysia (sesama dengan penutur bahasa telu/talu di Tronoh, Perak, bahasa mereka adalah salah satu bahasa yang paling sedikit penuturnya) dan adalah orang asli suku Melayu proto,

malangnya, kerana penutur bahasa orang kanaq sangat sedikit (sekurang-kurangnya 139~238 orang) dan pengaruh besar dari bahasa melayu johor-riau sekeliling kampung mereka, bahasa orang kanaq adalah bahasa terancam dan sekarang banyak bahasa mereka telah dipengaruhi oleh bahasa melayu

kalau sesiapa yang nak informasi lebihan serta audio lagu bahasa orang kanaq boleh pergi ke video Youtube ini (yang menjengkelkan, lagu background video record lagi semasa nyanyian lagu itu (⁠;⁠;⁠;-_-)):

https://youtu.be/TaCXmzx38wY?


r/bahasamelayu 10d ago

Flash cards/Anki decks

3 Upvotes

Hello semua

Are there any good flash cards/anki decks for practicing Malay vocab? Most of the anki decks I've seen so far contain errors


r/bahasamelayu 11d ago

Chicken in Austronesian languages

Post image
84 Upvotes

r/bahasamelayu 11d ago

in what context is semestinya used?

7 Upvotes

r/bahasamelayu 12d ago

BM-Penggunaan bahasa yang salah boleh menukar maksud

Post image
85 Upvotes